Tutup

Kerjasama Malaysia-Indonesia kawal perairan sempadan

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bakal bekerjasama dengan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL) bagi menangani kes jenayah sempadan di perairan negara masing-masing. Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, berkata ia akan dianggotai pasukan khas laut kedua-dua negara yang akan ditempatkan di Tanjung Pengelih, Johor Dan Tanjung Pinang, Indonesia.