Tutup

Kerjasama MDEC-GA percepat pertingkat kemahiran tenaga kerja tempatan

Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk tenaga kerja dalam bidang digital dan teknologi, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) mengumumkan kerjasama dengan General Assembly (GA) bagi menjalankan operasi di Kuala Lumpur. Kerjasama itu mengulangi komitmen tinggi MDEC dalam membantu membangunkan kemahiran digital, khususnya dalam sektor profesional.