Tutup

Kerjasama PETRONAS dan Pasukan F1 Mercedes AMG PETRONAS untuk prestasi optimal

Petronas bakal saksikan kejayaan kali kedua berturut-turut dalam perlumbaan Formula One oleh pasukan Formula One Mercedes Amg Petronas selepas Grand Prix Abu Dhabi esok. Formula kejayaan Petronas antaranya disokong oleh pakar-pakar di belakang tadbir dan produk-produk berkualiti yang menjana jentera pasukan tersebut. Kita saksikan bingkisan bagaimana kerjasama antara Petronas dan pasukan Formula Satu Mercedes Amg Petronas beri prestasi pemanduan optimal bersama Pengarah Urusan Merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad, Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus.