Kes baharu pengubahan wang haram Najib ke Mahkamah Tinggi

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM27 juta akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan permohonan pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Negara Tommy Thomas untuk memindahkan kes itu daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.