Tutup

Kes Buang Bayi: Jangan ambil tindakan melulu

Kerajaan sedang melakukan pemetaan lokasi dan intervensi strategik bagi kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai hotspot kes pembuangan bayi melalui kerjasama Polis diRaja Malaysia (PDRM). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ia memberi fokus kepada keselamatan, kesihatan dan kebajikan bayi dan ibu.