Kes Cabul Shahidan Kassim: Mungkin ada berlaku sentuhan - saksi

Perbicaraan tuduhan cabul gadis bawah umur oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bermula hari ini di Mahkamah Sesyen Kangar, dengan dua saksi dipanggil bagi memberi keterangan. Perbicaraan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad bermula pada 10.30 pagi sebelum berakhir kira-kira empat jam kemudian.