Tutup

Kes LTTE dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Khamis membenarkan kes dua lelaki yang dituduh memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Hakim Rohaida Ishak membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Abd Rahman memaklumkan pihaknya mendapat izin daripada Pejabat Peguam Negara untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.