Tutup

Kes SRC: 'Saya terkejut bila Najib terkejut' - Tun M

Jika sebelum ini Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkannya membela diri dalam kes SRC International Sdn Bhd. Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sendiri terkejut dengan reaksi Najib itu. Ujar Perdana Menteri, seluruh dunia tahu bahawa Najib bersalah namun kes terbabit perlu mengikut kedaulatan undang-undang.