Tutup

Kesemua mayat pelajar lemas ditemui

Mayat terakhir pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu ditemui. Mangsa Mohamad Amir Izuddin Zulkiflee, 21 tahun ditemui terapung kira-kira jam 3 petang Ahad. Mayat pelajar yang berasal dari Melaka itu di kesan terapung sekitar jarak dua batu nautika dari muka Kuala Dungun. Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan penemuan tersebut.