Ketua kumpulan Geng Rizal Kundang cedera ditembak polis

Ketua kumpulan Geng Rizal Kundang cedera ditembak selepas insiden kejar mengejar di Desa Coafield, Sungai Buloh, Selangor, pada Khamis malam. Suspek berusia 42 tahun itu terkena satu das tembakan di bahu selepas beberapa kali cuba menyerang polis.