announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Khidmat cuci luka, inisiatif terbaharu 'Uncle Kentang'

Selepas menyediakan pelbagai perkhidmatan kebajikan seperti teksi 10 sen, pasar 10 sen, ambulans 10 sen, van jenazah percuma dan rumah RM1, kini Kuan Chee Heng tampil dengan inisiatif terbaharunya. Chee Heng yang dikenali dengan nama Uncle Kentang kini turut menawarkan bantuan paramedik dan penjagaan rawatan luka percuma kepada golongan miskin dan tidak berkemampuan yang memerlukan perkhidmatan tersebut.