Kilang terbiar jadi transit pengedaran dadah

Sebuah kilang terbiar dijadikan markas transit pengedaran dadah di Marang. Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Mat Dris berkata dalam serbuan kira-kira jam 2 petang, pada Isnin di Kampung Sungai Serai, polis menahan dua individu dipercayai dalang aktiviti pengedaran dadah.