'Kitar Fabrik' inisiatif Bursa Malaysia ke arah kelestarian alam

Bursa Malaysia dengan kerjasama Astro AWANI bersama beberapa Agensi Badan Bukan Kerajaan (NGO) kembali lagi dengan Kempen Kitar Semula Barangan Fabrik 2019. Kali kedua diadakan, kempen itu mensasarkan untuk membantu menguruskan sisa pepejal dengan lebih sistematik, sekaligus menyumbang kepada kestabilan ekosistem alam sekitar.