KJ beri jaminan Manifesto Pemuda BN terlaksana sepenuhnya

Bantu orang muda melangsungkan perkahwinan, menyediakan dana ADAM50 untuk setiap kelahiran bayi, memastikan mereka mendapat pekerjaan dalam masa enam bulan selepas mendaftar merupakan antara jaminan Pemuda Barisan Nasional melalui manifesto mereka yang dilancarkan malam ini. Pelancaran manifesto Jaminan Orang Muda (JOM), yang bertemakan ?Bersama, Kita Hebatkan Orang Muda? yang disempurnakan Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin itu, mempunyai lapan jaminan, yang menyentuh dari aspek kehidupan, sosial, dan kewangan.