announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

KKM sedia kerjasama dengan negara lain untuk uji vaksin COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia bekerjasama dengan mana-mana negara untuk melaksanakan kajian menguji vaksin COVID-19 kepada manusia. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata setakat ini kajian masih di fasa dua iaitu ujian kepada haiwan dan belum masuk ke fasa ketiga, ujian ke atas manusia.