Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

KKM, WHO bekerjasama lakukan penyelidikan COVID-19

Malaysia antara negara yang dipilih Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO untuk bekerjasama menjalankan penyelidikan berhubung rawatan COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah berkata, penyelidikan akan tertumpu di Hospital Sungai Buloh dan beberapa hospital lain bagi tujuan pengumpulan data serta penggunaan ubat terbaru bagi merawat pesakit COVID-19.