Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Kolam ikan keli punca pencemaran sungai Masjid Tanah

Susulan ribuan ikan ditemui mati dan terapung di sepanjang 14 kilometer Sungai Baru, Masjid Tanah, akhirnya terungkai, selepas sebuah kilang penternakan ikan keli mengakui melepaskan sisa buangan air kotor ke sungai. Exco Kerja Raya, Pengangkutan, dan Kemudahan Awam, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, kolam yang beroperasi di Kampung Bukit Hantu itu mengakui telah melepaskan sisa darah ayam dan telur ayam busuk yang diperolehi dari sebuah kilang penyembelihan ayam.