Komuniti AWANI: Bantuan masyarakat di Kampung Janda

#KomunitiAWANI 25 April 2019 menampilkan selebriti, Tomok sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Dimulakan dengan cerita susah senang seorang OKU penglihatan, Zaiani yang bekerja sendiri dengan membuka perniagaan urutnya sendiri sejak muda dan kini sudah Berjaya memiliki kedai urutnya sendiri yang mendapat pujian orang ramai. Kemudian, dengari kisah sepasang suami isteri yang menjamu kucing ? kucing terbiar di pasar dengan nasi goreng ikan. Dengari juga tentang kewujudan Klinik Wakaf An-Nur (KWAN) untuk memudahkan akses kesihatan kepada masyarakat Seberang Jaya, Pulau Pinang. Jangan terlepas dengan cerita tentang sebuah kampung yang dihuni oleh janda atau ibu tunggal di negara jiran, Thailand.