#Komuniti AWANI: Ikhlas menghiburkan walaupun dunianya gelap gelita

#KomunitiAWANI 30 Jun 2019 menampilkan penyanyi, Khai Bahar sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Episod kali ini membawakan kisah seorang cacat penglihatan yang tetap mahu menghiburkan orang lain menggunakan anugerah suaranya yang merdu. Kemudian, kita akan lihat Pak Wan yang sangat berminat berbasikal sehingga beliau berjaya mengayuh basikalnya mengelilingi Malaysia dan Selatan Thailand. Selepas itu, kita juga akan lihat satu lagi cerita tentang pelatih seni silat gayong gelanggang Kampung Kodiang Lama. Kita juga akan saksikan bagaimana seorang individu yang terkesan daripada krisis ekonomi pada tahun 1997 ikhtiar cari rezeki dengan membuat dan menjual capal.