#Komuniti AWANI: 'Street Iftar' rapatkan masyarakat berbilang kaum

#KomunitiAWANI 23 Mei 2019 menampilkan pelakon, Ummi Nazeera sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti anda bermula dengan cerita tentang tradisi Kampung Bukit Piatu, Melaka yang mengejut penduduknya untuk bangun sahur dengan buat bising menggunakan alat muzik tradisional yang disertai oleh ramai anak muda. Kita juga akan lihat inisiatif sepasang suami isteri memperkenalkan zon kanak ? kanak atau kids zone ketika Solat Terawih dengan tujuan untuk menarik lebih ramai orang datang beribadah tanpa menggunakan alasan anak ? anak. Jangan terlepas untuk saksikan penganjuran Street Iftar atau Iftar Jalanan yang julung kali diadakan mengeratkan hubungan antara umat Islam dan juga bukan Islam di Masjid Kapitan Keling. Kita juga akan lihat Cempaka International School yang menganjurkan Cempaka Open Day memberi peluang kepada komuniti untuk mengenali usaha sekolah itu dengan lebih dekat.