#KomunitiAWANI: Bijak ambil peluang, dari tanah terbiar kini jadi kawasan tumpuan

#KomunitiAWANI 18 Julai 2019 menampilkan penyanyi, Ara Johari sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Episod kali bermula dengan inisiatif seorang pensyarah dari USM Bersama rakannya tubuhkan Rumah Raudah Sakinah bagi menjaga dan memulihkan remaja hamil luar nikah yang disisihkan oleh keluarga. Kemudian, kita saksikan usaha Pertubuhan Pembangunan Insan Sikh (PPIS) Perak ambil inisiatif anjurkan Kem Kesihatan Mata bagi penduduk luar bandar dan orang Asli. Selepas itu, kita lihat peluang yang diambil oleh seorang pemuda untuk usahakan tanah terbiar untuk menjadi tempat pengunjung menjamu selera sambil menikmati pemandangan matahari terbenam. Kita juga akan saksikan fungsi perpustakaan di era internet yang masih bermanfaat buat komuniti setempat.