#KomunitiAWANI: Cubaan pecah rekod dunia dalam pemuliharaan terumbu karang

#KomunitiAWANI 9 Julai 2019 menampilkan selebriti, Elizabeth Tan sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Dalam episod kali ini, kita membawakan cerita tentang Burung Apeh yang menjadikan negeri Jelapang Padi, Kedah sebagai destinasi persinggahannya terutama di kawasan sawah. Kemudian, kita saksikan sebuah hutan simpan tertutup iaitu Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong yang diuruskan oleh UPM. Selepas itu, kita akan lihat sebuah yang melatih beruk iaitu Sekolah Beruk Tok Wan di Padang Halban, Kelantan. Kita juga akan saksikan usaha Leges Divers untuk memulihara terumbu karang di lautan yang semakin diancam kepupusan.