#KomunitiAWANI: 'Eat Like A Pro' tingkatkan kesedaran pemakanan sihat kanak-kanak

#KomunitiAWANI 19 Julai 2019 menampilkan penyanyi, Ara Johari sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti anda bermula dengan anjuran bengkel ?Eat Like A Pro? untuk meningkat kesedaran tentang pemakanan yang sihat serta obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Kemudian, kita saksikan dua beradik yang buktikan mereka mampu berjaya dalam kerjaya sebagai tukang kasut sehingga mendapat gelaran ?Doktor Kasut?. Selepas itu, kita lihat bagaimana kejayaan dalam perniagaan mencetuskan idea seorang usahawan ini untuk bantu penduduk kampungnya berniaga dengan penubuhan Persatuan Komuniti Usahawan Simunjan. Kita juga akan lihat langkah yang diambil oleh sebuah taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) yang bakal memberi banyak manfaat kepada pengguna lebuhraya Utara Selatan.