#KomunitiAWANI: JALAN, merungkai kisah dan sejarah nama jalan utama di Kuala Lumpur

#KomunitiAWANI 14 Ogos 2019 menampilkan penyanyi, Naim Daniel sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Kita akan saksikan cerita-cerita menarik seperti program pelepasan banduan beri peluang kepada mereka untuk berubah. Kemudian, kita akan saksikan satu program santai alam yang berkonsepkan busana melayu di MATIC, Kuala Lumpur. Selepas itu, kita lihat pula program alam ria yang melatih kanak-kanak berdepan dengan orang ramai. Kita juga akan menyaksikan sebuah program JALAN, yang menceritakan kisah disebalik nama jalan atau tempat di Kuala Lumpur bersama wartawan Astro AWANI, Mukriz Mahader.