Tutup

#KomunitiAWANI: Kehebatan pelajar Malaysia pemenang pertandingan NASA

#KomunitiAWANI 14 Jun 2019 menampilkan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Kita akan lihat bagaimana kegagalan di sekolah tidak mematahkan semangat seorang individu untuk berjaya dalam bidang yang diminatinya sehingga bergelar orang besi Kuala Ketil. Selepas itu, kita saksikan juga semangat kental seorang ibu tua di Selatan Thailand yang menjadi agen keamanan dalam memperjuangkan keamanan di sana. Kemudian, jangan terlepas dengan cerita yang pasti anda suka buat peminat durian, kita akan lihat pesanan yang disampaikan oleh peladang durian Balik Pulau menjelang musim durian. Kita lihat juga tentang kehebatan seorang pelajar sekolah menengah yang terpilih sebagai 5 pemenang dalam pertandingan ?Mission Patch? yang dianjurkan NASA.