#KomunitiAWANI: Keunikan program 'Shaping Young Broadcasters' dekati pelajar sekolah

#KomunitiAWANI 14 Mei 2019 menampilkan pelakon, Noorkhiriah sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Kita akan dengar cerita tentang bagaimana penduduk kawasan Tanjung Dawai, Merbok muafakat untuk gali telaga bagi manfaat bersama untuk mengatasi masalah bekalan air di kawasan itu. Kita juga akan saksikan amalan mulia yang cuba diterapkan oleh Jabatan Perhutanan Kelantan iaitu budaya menanam pokok dalam jiwa anak muda. Kemudian, kita akan melihat keunikan program ?Shaping Young Broadcasters? anjuran Persatuan Pelajar Penyiaran atau The Cast dari Fakulti Komunikasi & Pengajian Media Kampus Rembau, UITM Cawangan Negeri Sembilan. Jangan terlepas untuk menyaksikan permainan baru kanak ? kanak zaman sekarang yang menjadi fenomena global iaitu Beyblade, gasing moden, dilaporkan oleh Skuad Awani Jr..