Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

#KomunitiAWANI: Lakaran kisah hidupnya inspirasi buat semua

#KomunitiAWANI 15 Ogos 2019 menampilkan penyanyi, Naim Daniel sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Kita akan saksikan cerita-cerita menarik seperti seorang penjual roti yang dikenali ramai sehinggakan mempunyai penghormatannya sendiri di Balik Pulau. Kemudian, kita akan lihat keunikan senjata masyarakat orang Asli iaitu sumpit. Selepas itu, kita lihat pula inisiatif Sekolah Menengah Pengkalan Berangan yang wujudkan Student Voice Group (SVG) bagi mencungkil kecenderungan para pelajar. Kita juga akan menyaksikan cerita tentang seorang pensyarah yang sanggup tinggalkan kerjayanya itu demi minat dalam perniagaan tudung.