Tutup

#KomunitiAWANI: Lata UK beri pengalaman baharu buat para pengunjung

#KomunitiAWANI 11 September 2019 menampilkan selebriti, Zara Zya sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti anda bermula dengan usaha Pertubuhan Kebajikan Ikhlas Utara Malaysia yang sediakan makanan percuma kepada gelandangan dan golongan asnaf setiap hari Sabtu. Selepas itu, kita akan saksikan pendekatan berbeza oleh Kolej Matrikulasi Kedah yang anjurkan program motivasi dan perkongsian pengalaman dalam dunia sebenar bagi mempersiapkan para pelajar sekolah menjelang musim peperiksaan. Kemudian, kita juga akan saksikan tujuan penubuhan Yayasan Gimpuhut hasil inisiatif Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA). Kita juga akan saksikan pengalaman baharu di kawasan air terjun Lata Ulu Kasar, Setiu.