#KomunitiAWANI: Pengusaha kreatif guna ikan buntal dalam penghasilan kraf

#KomunitiAWANI 19 Jun 2019 menampilkan penyanyi, Syamel sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Kita saksikan cerita mengenai pencarian rezeki buat menyara keluarganya dengan menjual barangan yang dijumpai selepas menyelongkar tong sampah. Kemudian, kita saksikan usaha tentera Thai ambil inisiatif untuk membina semula rumah penduduk yang usang di Selatan Thai bagi memulihkan hubungan mereka. Selepas itu, kita lihat bagaimana seorang peniaga kreatif menghasilkan barangan kraf menggunakan ikan buntal. Kita saksikan juga suasana majlis khatam Al-Quran di Sarikei.