Tutup

#KomunitiAWANI: Produk buatan Buah Pala dipergiatkan

#KomunitiAWANI 19 April 2019 menampilkan selebriti, Alif Satar sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Ceritanya dimulakan tentang salah seorang pejuang pendidikan di luar bandar iaitu Cheryl Ann Fernando. Kemudian, dengarkan usaha memperbanyakkan produk buatan daripada buah pala yang hampIr pupus. Jangan terlepas dengan cerita mengenai pemeliharaan dan perkembangan alat muzik tradisional gamelan dalam kalangan generasi muda. Diakhiri dengan cerita polis di Kelantan sempena program Community Policing untuk mendekati masyarakat dengan menganjurkan pertandingan Ayam Sorak dan Burung Candik.