Tutup

#KomunitiAWANI: Program hiburan amal kumpul dana untuk Karim Blues Gang

#KomunitiAWANI 8 Mei 2019 menampilkan penyanyi, Hafiz Suip sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Episod kali ini bermula dengan cerita lapan pemuda yang tiada pekerjaan bersepakat untuk bina kerjaya sendiri dengan menternak dan memiliki ladang itik. Kita juga akan ke Kuala Terengganu untuk melihat Program Jom Kubang Ikan Darat, iaitu suatu aktiviti menangkap ikan dalam lumpur menggunakan tangan. Kumpulan Blues Gang yang masih segar dalam ingatan peminatnya kini masih lagi menghiburkan di beberapa tempat bagi mengumpul dana untuk membantu Karim, pemain drumnya yang kini menghidap penyakit kencing manis. Kemudian, kita akan lihat program Bulan Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) diperkenalkan bagi pelajar di Sarawak untuk beri pendedahan awal di bawah kelolaan Pusat Informasi Islamik Sarawak (IIC).