Tutup

#KomunitiAWANI: Project BAWE tawar kelas percuma untuk anak B40

#KomunitiAWANI 3 Julai 2019 menampilkan selebriti, Jihan Muse sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti anda bermula dengan inisiatif sekumpulan anak muda yang tubuhkan Project BAWE untuk memberi bantuan pelajaran kepada anak-anak dari keluarga B40. Kemudian, kita lihat cerita disebalik kejayaan penjual ais krim yang kini jadi pilihan pengunjung di Pantai Cenang, Langkawi. Selepas itu, kita lihat cerita tentang sebuah rumah yang dikenali sebagai Rumah Botol Setiu. Kerana banyak hutan telah ditebang daripada tanam semula, Jabatan Perhutanan Negeri Perak memperkenalkan Program Perak Oxygen Land Bank bagi usaha pemuliharaan hutan.