Tutup

#KomunitiAWANI: Realiti kehidupan di pulau terbesar Malaysia

#KomunitiAWANI 28 Julai 2019 menampilkan selebriti, Izzue Islam sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Episod kali ini bermula dengan inisiatif sekumpulan sukarelawan Igniters di bawah gerakan Prism-MCE yang laksanakan misi bantuan kemanusiaan mereka di Pulau Banggi, Kudat. Kemudian, kita saksikan sebuah kafe yang dibuka oleh empat pelajar Kolej Komuniti Sungai Petani yang tawarkan hidangan ala hotel, harga serendah warung. Selepas itu, kita akan lihat juga bantuan yang diberikan oleh Persatuan Sahabat CInta Alam Kinta, Perak anjurkan latihan kemahiran buat membantu golongan ibu tunggal dalam B40. Kita juga akan saksikan inisiatif alumni SK Simpang Rawai, Kemaman iaitu SESSRA yang lancarkan kutipan derma RM10 seorang bagi tujuan pembangunan sekolah itu.