#KomunitiAWANI: Replika Masjidil Haram bakal merancakkan ekonomi Gua Musang

#KomunitiAWANI 8 Julai 2019 menampilkan selebriti, Elizabeth Tan sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti anda bermula dengan Initiative for Malaysian Humanitarian (INSAN) yang menyediakan Program Tuisyen Kasih bagi pelajar di Taman Desa Sentosa 2 Bangi. Kemudian, kita saksikan majlis persaraan serentak lima guru di Kolej Vokasional Kangar yang menyedihkan buat para pelajarnya. Selepas itu, kita saksikan penganjuran Kempen Relay for Life Penang 2019 yang bertemakan melawan kanser bersama. Kita juga akan saksikan sebuah masjid yang bakal menjadi tarikan pelancong di Gua Musang Kelantan iaitu Masjid Ghazali yang reka bentuknya seperti replika Masjidil Haram, Mekah.