#KomunitiAWANI: Sanggup korbankan masa bantu keluarga walaupun masih bersekolah

#KomunitiAWANI 25 Mei 2019 menampilkan pelakon, Fatimah Abu Bakar sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Kita akan ikuti kisah kegigihan gadis muda yang seimbangkan masa persekolahannya dengan membakar dan menjual apam balik bagi menambahkan pendapatan keluarganya. Kemudian, kita juga akan saksikan inisiatif murni Yayasan Hasanah dalam pembangunan modal insan khususnya dalam pendidikan. Jangan terlepas untuk saksikan sebuah aktiviti menarik iaitu berbuka puasa di atas bot dengan pemandangan panaroma di Pulau Warisan River Cruise, Kuala Terengganu. Berita komuniti anda diakhiri dengan pemberian amal Persatuan Komuniti Prihatin Tanjung Tokong yang mengedarkan ayam goreng bagi menggembirakan kanak - kanak.