Tutup

#KomunitiAWANI: Sinar baharu buat masyarakat Pulau Sebatik, Tawau

#KomunitiAWANI 24 Ogos 2019 menampilkan penyanyi, Andi Bernadee sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti anda bermula dengan sinar baharu buat penduduk Pulau Sebatik, Tawau yang bakal mendapat bekalan air yang bersih dengan pembinaan loji rawatan air laut. Kemudian, kita akan lihat Jalur Gemilang sepanjang 120 meter yang dihasilkan oleh 80 guru dan 568 murid Sekolah Kebangsaan Mergong, Alor Star. Selepas itu, kita akan saksikan inisiatif oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat Bagan, Butterworth, yang melatih golongan wanita dalam bidang pertukangan. Kita juga akan lihat keunikan piza ala Melayu iaitu piza sambal hitam dan piza sambal petai oleh Restoran Anak Dol Pizza, Jerantut, Pahang.