Tutup

Kongres Nasional Keadilan 2019: Anwar tidak tepati janji - Azmin

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Azmin Ali mendakwa Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menepati 'janji', dan membuka jalan untuk perwakilan menyerang beliau serta pimpinan Muafakat Nasional. Dalam sidang media berasingan di sebuah hotel, Azmin berkata, beliau berpegang kepada keputusan 'perbincangan' terdahulu, dan ucapan beliau sewaktu merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan langsung tidak menyindir mana-mana pihak. Untuk mengetahui senario apa yang berlaku, kita terus bersama Firdaus Azil di Ayer Keroh, Melaka.