Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Koronavirus: 14 warga Hubei, China cuba masuk Malaysia dihantar balik ke negara asal

Seramai 14 pengunjung dari wilayah Hubei, China yang cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), berjaya dikesan dan dihalang oleh Jabatan Imigresen Malaysia pada Selasa lalu, ujar Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kesemua mereka, jelas Muhyiddin, dikenakan arahan Tidak Dibenarkan Mendarat (NTL) dan dihantar pulang ke negara asal.