Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Koronavirus: KKM sahkan kes pertama warganegara Malaysia

Dua kes baharu Novel Koronavirus (2019-nCoV) dikesan di negara ini, ujar Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad. Kes pertama melibatkan seorang warga China berusia 63 tahun dan seorang rakyat Malaysia berusia 41 tahun dari Selangor. Rakyat Malaysia berkenaan dipercayai dijangkiti virus itu semasa menghadiri mesyuarat di Singapura. Ia menjadikan keseluruhan kes positif Koronavirus di Malaysia sebanyak 10 kes melibatkan seorang rakyat Malaysia dan sembilan warga China.