Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Koronavirus: KKM tunggu keputusan warga China yang dikuarantin di Langkawi dan Bintulu

Kementerian Kesihatan Malaysia menunggu keputusan ujian makmal ke atas tiga warga China yang sedang dikuarantin di Langkawi dan Bintulu. Menterinya, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan, setakat ini kekal empat kes disahkan positif koronavirus dan kesemua pesakit dari China itu sedang dirawat di dua hospital.