Tutup

KPKT pertimbang tubuh jawatankuasa penjawatan Bomba

Kerajaan mempertimbang untuk menubuhkan Suruhanjaya Perjawatan Anggota Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia yang berfungsi sebagai badan bebas untuk melantik, menyusun semula perjawatan dan menyerap anggota bomba sambilan sebagai bomba sepenuh masa. Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata ia seiring usaha kerajaan dalam memartbatkan karier tersebut selain suntikan motivasi kepada anggota untuk terus memberi perkhidmatan cemerlang.