Tutup

KPM sedia modul pilihan raya sebagai bahan sokongan pembelajaran murid

Kementerian Pendidikan telah menyediakan modul berkaitan pilihan raya sebagai bahan sokongan dalam pembelajaran murid, kata Menterinya Dr Maszlee Malik. Beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga terlibat dalam menjalankan sesi simulasi pemilihan ketua murid melalui mekanisme ala 'pilihan raya' di sekolah yang terpilih secara berperingkat. Dapatan daripada simulasi itu dijadikan asas sebagai penyediaan garis panduan pelaksanaan proses pemilihan ketua murid menggunakan sistem pilihan raya di sekolah.