KPN sahkan 16 daripada 17 positif dadah, identiti tidak didedah

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan penahanan 17 individu dalam satu serbuan polis di sebuah kondominium di Jalan Puchong, di sini awal pagi Isnin. Menurut Abdul Hamid, daripada 17 individu yang ditahan dalam serbuan polis di Puchong awal pagi tadi, 16 daripada mereka disahkan positif dadah. Sementara ujian kencing ke atas seorang lagi pula, katanya, bebas daripada penyalahgunaan dadah.