Tutup

KUD platform kembang jaringan usahawan luar Bandar

Karnival Usahawan Desa (KUD) adalah platform menghimpunkan produk serta perniagaan luar bandar dan jaringan perniagaan bagi usahawan-usahawan desa. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia sekali gus boleh dimanfaatkan pemain bisnes profesional yang berminat mencari peluang niaga bersama usahawan luar bandar.