Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Kurang nutrisi, stimulasi psikososial punca tumbesaran terbantut

Kekurangan nutrisi makanan, jangkitan berulang kali serta kurang stimulasi psikososial antara punca menyumbang kepada masalah tumbesaran kanak-kanak terbantut. Menurut Penyelidik Sunway University, Derek Kok, selain boleh membawa kepada masalah dari segi ketinggian, ia juga boleh mendatangkan kesan berpanjangan kepada kehidupan kanak-kanak itu. Ini termasuk, masalah kognisi dan prestasi dalam pendidikan, sekali gus membawa pula kepada soal pekerjaan, gaji rendah, peningkatan berat badan serta diikuti dengan risiko penyakit kronik berkaitan nutrisi.