Tutup

Kurang tempoh reman antara pindaan SOSMA

Peruntukan reman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kini dipertimbang untuk dikurangkan daripada 28 hari kepada 14 hari. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jawatankuasa yang dibentuk untuk meneliti undang-undang yang dianggap ?Drakonian? sedang memperincikan peruntukan atau elemen tidak berperikemanusiaan atau bertentangan hak asasi manusia.