Tutup

Kutipan tol di LPT2 berkuat kuasa 15 Julai ini

Kutipan tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang dibuka kepada trafik sepenuhnya mulai 31 Jan 2015, akan berkuat kuasa pada tengah malam, 15 Julai ini. Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ismail Md Salleh berkata, keputusan untuk melaksanakan kutipan tol LPT2 dselepas sambutan Hari Raya Aidilfitir dibuat dengan mengambil kira kepentingan rakyat.