Langgar bahu sikit, terus bergaduh

Hanya kerana salah faham terlanggar bahu, seorang lelaki parah dipukul dalam rusuhan berkumpulan di dalam sebuah pusat hiburan di Cheras Selatan, Kuala Lumpur, pada awal pagi Jumaat. Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof pihaknya menerima panggilan pada 3.27 pagi mengenai kejadian rusuhan melibatkan sekumpulan lelaki.