announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Lapan ditahan bantu siasatan kes pergaduhan

Lapan lelaki termasuk seorang anggota tentera ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang menyebabkan dua individu maut dalam kejadian di Batu 31, Jalan Kuala Krai-Gua Musang, Machang tengah malam Ahad lalu. Mereka yang berusia antara 23 hingga 39 tahun itu ditahan di sekitar Machang sehingga lewat petang Isnin itu turut melibatkan 2 adik-beradik.