Lapan kontena terbalik, 10 pekerja asing nyaris maut

Sepuluh pekerja warganegara asing yang sedang berteduh didalam kontena yang dijadikan tempat tinggal di sebuah tapak pembinaan di Kuala Jalan Baru, Balik Pulau, nyaris nyaris maut apabila kontena tersebut terbalik dalam kejadian hujan lebat dan ribut pagi tadi. Dalam kejadian jam 9.50 pagi itu, semua mangsa masing- masing berusia antara 25 hingga 45 tahun mengalami kecederaan namun di laporkan stabil.